Wednesday, January 21, 2009

.:Farees's 3rd Pneumococcal and Rubella For Me:.

RUBELLA BOLEH CACATKAN JANIN
Inisiatif program imunisasi oleh Kementerian Kesihatan sejak 1988 untuk memberi vaksinasi rubella dari vaksin MMR (Measles-Mumps-Rubella) kepada pelajar perempuan antara 11-14 tahun di sekolah memang patut dibanggakan. Selain mengurangkan kejadian jangkitan rubella dan juga mengurangkan komplikasi yang boleh terjadi daripada jangkitan ini, ia juga mengurangkan kejadian penyakit sindrom rubella konjenital (congenital rubella syndrome) yang terjadi kepada bayi apabila ibu mengandung itu dijangkiti penyakit rubella. Rubella, atau juga dipanggil 'German measles', menyerupai penyakit campak (measles) tetapi tidak seteruknya. Ia adalah jangkitan virus yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Seseorang akan dijangkiti dari hembusan batuk, bersin dan percakapan orang yang berjangkit. Gejala penyakit ini akan mula muncul selepas 12-23 hari kemudiannya. Ia menyebabkan demam tinggi selama dua hari, kemudian badan akan naik ruam merah bermula di muka dan merebak dari kepala hingga ke kaki. Masa yang paling infektif ialah bila ruam ini muncul dan berterusan selama seminggu. Kelenjar di leher juga akan bengkak dan sesetengah orang akan mengalami sakit-sakit sendi. Seperti campak, ia akan pulih kembali tanpa apa-apa kesan sampingan. Bagaimanapun, jika penyakit itu menjangkiti ibu mengandung, bayi yang sedang membesar dalam kandungan berkemungkinan mendapat akibat lebih teruk dari kecacatan kekal atau juga boleh membawa kepada kematian dalam rahim. Antara kecacatan yang mungkin dialami ialah cacat pendengaran dan penglihatan, masalah jantung dan cacat akal. Kecacatan ini amat ketara jika jangkitan itu berlaku dalam tiga bulan pertama kandungan ketika pembentukan struktur penting dalam bayi sedang berlaku. Jika seseorang wanita itu ada imunisasi terhadap rubella, anak dalam kandungannya akan selamat dari mendapat jangkitan ini. Oleh itu, semua wanita yang ingin mengandung patut mendapatkan imunisasi ini. Imunisasi ini tidak boleh diambil jika wanita itu sudah mengandung. Ia sepatutnya diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hendak cuba mengandung. Sebelum mendapat vaksinasi ini, buatlah ujian darah dulu untuk mengetahui sama ada sudah ada ketahanan terhadap penyakit rubella. Kajian ini akan mengesan antibodi terhadap rubella dalam darah dan jika sudah ada antibodi, maknanya kita sudah dijangkiti penyakit ini dulu dan mendapat ketahanan secara semula jadi. Oleh itu, suntikan vaksin tidak perlu diambil lagi kerana ketahanan ini adalah seumur hidup. Walaupun ada lagi jangkitan lain dari virus dan pelbagai unsur lain yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi, jika kita boleh kurangkan satu risiko sudah boleh memberi kesan sangat besar untuk keselamatan bayi. Buat masa ini, vaksin ini senang didapati di mana-mana pusat kesihatan, hospital dan juga klinik awam. Ia juga selamat - tidak ada kesan sampingan yang teruk selepas suntikan. Jadi jangan tunggu lama-lama untuk mendapatkannya jika masih tiada ketahanan terhadapnya.

"sumber dipetik dari Berita Harian"

Huhuhu... hari ni punye schedule patutnya nak amik 3rd jab pneumococcal utk Farees aje tapi daddy suruh doc inject rubella sekali utk mummy. Punye laaa mummy mengelat selama ni tapi terpaksalaaa tunjuk macho depan Farees kan. Dan secara rasminya mummy sudah pon di'inject' rubella dan perlu dipastikan tidak mengandung sekurang2nya utk tempoh 3 bulan. Lama nya. Huhuhu... (Eh! Eh! Macam teringin nak tambah sorg lg je. Hahaha!) Whateverlah, yang penting after this period kalau mummy pregnant pun xdela berada dalam tempoh 9bulan yang merisaukan.

Pas kene inject rubella, mummy mula mengalami keadaan yg kurg menyenangkan. Demam! Mula2 of course Farees yang terjangkit dgn mummy sebab Farees paling rapat dgn mummy. Kite berdua demam 3 hari laaa jugak. Kesian kat Farees. Dah abis kite demam, daddy pulak demam. Daddy ni memanglaa kan. Masa kita demam bukan nak demam. Kita dah sembuh, dia baru nak demam. Tapi nasib baik Farees dan mummy tak berjangkit balik. Disebabkan ke'demam'an kita, plan nak gi Miri on this Chinese New Year terpaksa di'postpone' dan akhirkan dibatalkan sebab weekend tu kan daddy pulak yang demam. Huhuhu! Untuk ibu2 yag bakal mengandung, sila pastikan anda telah pun mendapat suntikan Rubella kerana ia amat penting untuk pembesaran janin yang anda sayangi...

0 comments: