Rambut gugur bagi wanita selepas melahirkan bayi adalah perkara biasa. Ia berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan kita. Namun ia tidak bermakna kita harus membiarkan sahaja rambut kita terus gugur menyembah bumi. Menyedihkan bukan? Saya juga tidak terkecuali mengalami situasi berikut. Semasa Farees berusia 2 bulan, ramai yang menegur tentang kepala saya yang semakin ketara 'botak'nye. Tapi xdelaaa botak yg betul2 botak tapi rambut hadapan saya jarang2 jer dan ia kelihatan amat ketara. Huhuhu! Sangat2 la menyedihkan sbb saya tak boleh berbuat ape. Semasa mengandung, saya ade terbaca petua di dalam Pa&Ma untuk melebatkan rambut bayi selepas bercukur.
Petua:
Ambil 4/5 helai daun cekur manis. Tumbuk hingga lumat dan campurkan sesudu besar susu ibu. Lumurkan ke kepala, biarkan kering dan cuci. Amalkan selama 3 hari. Insya'Allah rambut bayi anda akan cepat tumbuh, lebat dan hitam.
Tapi saya tidak mengamalkan petua ini untuk Farees malah mempraktikkan utk masalah di kepala saya. Dan disebabkan saya tak kenal daun cekur manis (hahaha, gelak utk diri sendiri), saya hanya lumurkan susu segar dari badan saya dan biarkan kering seketika. Alhamdulillah, beberapa hari kemudian, rambut baru tumbuh di tempat yang kelihatan botak. Kini saya tidak lagi botak. Yeeehhhaaa! Walaupon saya masih mengalami keguguran rambut, ia hanyalah keguguran biasa dan jumlahnya berkurangan dgn ketara sekali. Tapi saya tidak risau dgn keguguran tersebut kerana rambut baru saya tumbuh setiap hari. Semua org tahu akan khasiat susu ibu utk bayi tapi tak semua org tahu susu kita juga mempunyai khasiat utk diri sendiri. Hargailah setiap anugerah yang Allah beri untuk kita.
0 comments:
Post a Comment