Saturday, March 28, 2009

.:Good Bye, Miri:.

Weekend ni daddy bawak kita jalan2 gi Miri. Maybe kali ni yang terakhir sebelum kita berpindah ke KL. Tak sangka weekend ni byk hotel full house kat Miri. Last choice terpaksala kita stay kat Parkcity Hotel. Daddy dah byk kali plan ngan mummy nak bawak farees stay kat Imperial Hotel tapi nak wat camne bukan rezeki kita weekend ni. Kenapa daddy nak duk kat Imperial? Hihihi, sbb mase zaman honeymoon mummy n daddy sblm dapat farees, kami selalu lepak kat hotel tu. Daddy ckp tak aci plak kalu tak bawak farees gi sana gak. Hehehe! Macam biasa kat Miri ni kita jalan2 aje. Mula2 gi lunch kat Riverfront makan nasi lalapan, pastu gi Boulevard. Asalnya nak gi Citarasa Sarawak tapi sbb panas sgt kesian kat farees, kita masuk Boulevard aje. Pastu gi Imperial, beli kasut utk farees. Punyer laaa jauh beli kasut farees kan? Tapi dah 3 pasang kasut farees yang daddy beli kat Miri tau! Hihi. Ni yang ke-3. Dah abis pusing2 mall, kita singgah solat kat Petronas pastu singgah lak kat Ulu Mulu sblm singgah lagi kat Luak Esplanade. Kalau farees nak tau, aktiviti nilah yang mummy n daddy selalu buat setiap kali gi Miri. Hehe!Ni gambar kita bertiga kat Luak Esplanade sblm kita balik ke Bintulu.
Daddy, Farees n Mummy!
Mummy ade bgtau x daddy dah dpt surat transfer ke HQ kat KL? Hihi. Daddy dah terima surat transfer tapi kita belum lagi kemas2 barang utk berpindah sbb manager yang sepatutnya ganti daddy kat sini belum bagitau bila dia nak dtg. Daddy kene tunggu handing over baru boleh balik KL. Tak sabar kan? Memanglah hidup kita nanti akan sedikit berubah tapi bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..." Sambung sendiri lah yer. Hihi..

0 comments: