Hihi. Cam xde citer lain plak nak citer pasal Rajawali Oil Mill kan. Sbnrnya semalam kita pergi Rajawali. Sedikit sebanyak mummy teringatkan beberapa peristiwa yg pernah berlaku kat sana. Walaupon xde kene mengena ngan farees, tp utk pengetahuan farees jerla. Mummy sempat tinggal kat Rajawali sebelum lahirkan farees beberapa bulan. Pernah sambut Aidilfitri 2007 dan Aidiladha 2007. Pas mummy resign keje kat Bangi, mummy plan nak ikut daddy duk kat Rajawali tapi tiba2 terpregnantkan farees. Serta-merta daddy suruh mummy balik KL semula sbb kononnya faktor geografi yg xsesuai utk mengandungkan farees kat sana. Susah nak checkup la, xde pakar la, etc (tp tu semua alasan daddy!). Disebabkan farees jugakla mummy terpaksa berjauhan ngan daddy for another 9-12months. Plan berhenti kerja sbb nak duk dkt ngan daddy tak menjadi dan my resignation cam sia2 gakla. Hehehe. Takdela sia2 tapi tempoh 9bulan tu amatla menyeksakan fizikal dan mental (especially)..
Mula2 mummy tau mummy pregnant mase duk Rajawali la. Cuak gakla daddy nak cari klinik yg terbaik kat Bintulu utk confirmkan my pregnancy tp taktau ape yg tak kena still xleh nak confirm. Mummy pon cuak gak sbb doc tak nampak ape2 walaupon UPT positive. Disebabkan hal tu jugak mummy terpaksa balik wat checkup kat KL dan doc menasihatkan mummy tak fly by aeroplane for at least 3-4months atas sebab keselamatan farees. Huhuhu. Sangatla menyedihkan sbb xdapat balik Bintulu jumpa daddy dan paling menyedihkan sbb xdpt nak mengada2 ngan daddy. Sbb tu jugak kot takde istilah mengidam sepanjang pregnancy. Tapi nasib baik gak daddy balik KL every 2/3weeks. Hehe..
Di Rajawali mummy ade ramai kawan gak berbanding kat Derawan ni takde langsung. Housing area executives ngan staff dekat2 pastu executives bungalow pon ekat2, pastu semua executives ade isteri walaupon time tu semua org takde anak lagi, kecuali Kak Su yang dah ade 2org hero. Dan kami pon berkawanla jugak. Kdg2 kami jalan2 ke Miri same2 gak. Trip ke Miri selalunya trip honeymoon sebab masing2 bedua aje. Hihi. Mase mummy kat KL, daddy cakap dah ramai yg kene transfer. Uncle Azhari pindah Lavang, diikuti daddy pindah Derawan, kemudian uncle Yusdi dan KakNi pindah ke semenanjung, pastu uncle Murugan pindah Pekaka, dan akhir sekali uncle Shahril dan KakSu pindah Sabah. Kat Derawan ni mummy takde kawan sebab 2 org executives kat bukit sebelah ni masih bujang dan staff housing area dgn executives housing area sangatla jauh. Lagipon mummy beberapa bulan jer duk sini
Seumur hidup mummy, tak pernah pon terfikir akan menetap di sebuah ladang kelapa sawit, apatah lagi di sebuah daerah terpencil di Sarawak yang keadaan facilitiesnya amat serba kekurangan. Tapi dah jodoh mummy dengan seorang jurutera kilang kelapa sawit, terpaksala mummy ikut. Hihihi. Kehidupan di ladang ni walaupon dgn serba serbi kekurangan, tapi mummy bahagia selagi daddy berada di sisi mummy. Apatah lagi dgn kehadiran farees yang menyerikan lagi kehidupan mummy dan daddy :) Dan mummy bersyukur sejak pregnantkan farees lagi, rezeki daddy semakin bertambah dan skrg ni daddy pulak dapat bertukar ke HQ kat KL. Farees pon berpeluang menjalani kehidupan yang lebih baik kat KL nanti. Insya'Allah...